FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES
BACHELOR OF TEACHING (PRIMARY EDUCATION)
SEMESTER SEPTEMBER 2010
HBMT 2103
TEACHING MATHEMATICS IN YEAR TWO
___________________________________________________________________________
NORMAULANI BINTI NAN
750325095064-002
H/P NUMBER
019-4228713
E-MAIL
IPGM, KAMPUS PERLIS
PENGENALAN.
Salah tanggapan tentang konsep kapasiti sesuatu bekas sering berlaku di kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak sering membuat perbandingan tentang panjang, besar atau tinggi sesuatu bekas tersebut berbanding kapasiti air yang terdapat di dalam bekas itu. Berdasarkan video yang telah diperolehi,
http://www.youtube.com/watch?v=563xjX2AlS8&feature=mfu_in_order&playnext=1&videos=N1djpIwpy1s dua bekas yang sama saiz diisi dengan air yang sama banyak. Kanak-kanak tersebut dapat menyatakan bahawa kedua-dua bekas itu mempunyai kapasiti air yang sama. Namun apabila ditukar satu bekas air ke dalam bekas yang lebih tinggi, kanak-kanak tersebut menyatakan bahawa air di dalam bekas yang lebih tinggi mempunyai kapasiti air yang lebih berbanding air di dalam bekas yang mula. Di sini kita dapat perhatikan tentang salah konsep mengenai kapasiti jika bekas yang berlainan saiz dan tinggi digunakan.
BAHAN BANTU MENGAJAR
Dalam mengajar topik isipadu cecair ini, beberapa bahan atau alatan yang terdapat di sekeliling kita boleh digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran. Alatan ini boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar bagi memudahkan pemahaman murid-murid. Di antaranya adalah gelas minuman, balang lutsinar, bekas air, silinder penyukat, bikar, jag dan minuman yang pelbagai warna. Bahan-bahan yang digunakan ini boleh didapati hanya di rumah sahaja seperti gelas, balang lutsinar, bekas air dan jag. Silinder penyukat dan bikar boleh diperolehi di Makmal Sains.
Semasa pengajaran topik isipadu cecair ini, guru boleh membawa murid-murid ke Makmal Sains yang mempunyai pelbagai peralatan untuk mengukur isipadu cecair. Selain itu, penggabungjalinan di antara mata pelajaran Matematik dan Sains boleh dijalankan. Alatan yang digunakan ini lebih ekonomi kerana ia tidak memerlukan kos yang tinggi untuk disediakan. Minuman yang pelbagai warna dan perisa seperti air kotak, air botol dan air mineral mudah diperolehi di kedai-kedai yang berhampiran rumah. Harga bagi air minuman ini juga berpatutan.
Bahan bantu mengajar digunakan untuk merangsang minda pelajar supaya mereka dapat memahami dengan lebih baik pengajaran guru. Selain itu, bahan bantu mengajar yang baik dapat menarik minat mereka untuk belajar. Dalam membantu kanak-kanak supaya mereka tidak lagi mempunyai salah tanggapan tentang kapasiti air, dua aktiviti pengajaran cuba diketengahkan. Dua aktiviti ini boleh digunakan untuk membantu murid-murid yang berpencapaian rendah dan murid-murid yang berpencapaian tinggi dalam perbandingan kapasiti air di dalam bekas.
No comments:
Post a Comment