AKTIVITI PENGAJARAN PERTAMA – (MURID PENCAPAIAN RENDAH).
Hasil pembelajaran : Membuat perbandingan persepsi terhadap kapasiti menggunakan unit
bukan piawai.
- Memahami dan menggunakan perkataan yang berkaitan dengan isipadu
cecair iaitu sama banyak.
Bahan-bahan : 12 gelas minuman yang bersaiz kecil, 8 balang lutsinar, bekas air
sirap.
Langkah-langkah :
1. Bahagikan murid kepada 4 kumpulan ( 1 kumpulan 3 orang).
2. Berikan 3 gelas minuman yang bersaiz kecil dan 2 balang lutsinar yang bersaiz besar kepada setiap kumpulan.
3. Guru menuangkan air sirap ke dalam 3 gelas minuman yang kecil dan berkapasiti yang sama kepada setiap kumpulan.
4. Minta murid memerhati kapasiti air sirap tersebut. Terangkan kepada murid bahawa kapasiti air di dalam ketiga-tiga gelas tersebut adalah sama. Minta mereka merapatkan ketiga-tiga gelas tersebut bagi menampakkan persamaan kapasiti air itu dengan lebih jelas.
5. Kemudian, minta murid mengambil segelas air tadi dan tuangkan ke dalam satu balang lutsinar yang lebih besar.
6. Minta murid membuat perbandingan di antara kapasiti air di dalam balang lutsinar yang besar dengan gelas yang kecil.
7. Jika murid menyatakan kapasiti air di dalam gelas lebih banyak, terangkan kepada murid dengan sejelasnya bahawa kapasiti air di dalam balang lutsinar yang besar adalah sama banyak dengan gelas yang kecil walaupun saiznya berbeza. Ini kerana air yang sama kapasitinya dituang ke dalam balang lutsinar yang besar TANPA MENAMBAH ATAU MENGURANGKAN kapasiti air tersebut.
8. Untuk membuktikan bahawa air di dalam gelas sama banyak dengan balang, murid diminta menuangkan pula segelas air sirap ke dalam satu lagi balang lutsinar yang besar menjadikan perbandingan segelas air sirap yang bersaiz kecil dengan dua balang lutsinar yang bersaiz besar. Minta murid memerhati 2 balang lutsinar tersebut. Kapasiti airnya adalah sama banyak. Jelaskan kepada mereka bahawa kapasiti air di dalam balang dan gelas tersebut adalah sama banyak.
9. Guru perlu menerang dengan sejelasnya supaya murid-murid tidak keliru. Ulang langkah ini berkali-kali dengan mengubah kapasiti air supaya pemahaman murid menjadi kukuh dan tiada salah tanggapan.
Contoh:
10. Murid diberikan soalan pengukuhan bagi menguji pemahaman mereka tentang perbandingan kapasiti air.
LATIHAN PENGUKUHAN
Bulatkan jawapan yang betul.
1. Kapasiti air di dalam gelas ini adalah
A. sama banyak
B. tidak sama banyak
2. Kapasiti air di dalam ke tiga-tiga gelas ini adalah
A. sama banyak
B. tidak sama banyak
3. Jika air yang sama banyak dituang ke dalam bekas yang lebih besar, kapasiti airnya
adalah
A. sama banyak
B. tidak sama banyak
No comments:
Post a Comment