Sunday, November 21, 2010

Video

Muka Depan, Pengenalan & Bahan Bantu Mengajar

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES
BACHELOR OF TEACHING (PRIMARY EDUCATION)
SEMESTER SEPTEMBER 2010

HBMT 2103
TEACHING MATHEMATICS IN YEAR TWO

___________________________________________________________________________

NORMAULANI BINTI NAN
750325095064-002

  H/P NUMBER
019-4228713

E-MAIL

IPGM, KAMPUS PERLIS





PENGENALAN.
            Salah tanggapan tentang konsep kapasiti sesuatu bekas sering berlaku di kalangan kanak-kanak.  Kanak-kanak sering membuat perbandingan tentang panjang, besar atau tinggi sesuatu bekas tersebut berbanding kapasiti air yang terdapat di dalam bekas itu.  Berdasarkan video yang telah diperolehi,
http://www.youtube.com/watch?v=563xjX2AlS8&feature=mfu_in_order&playnext=1&videos=N1djpIwpy1s   dua bekas yang sama saiz diisi dengan air yang sama banyak.  Kanak-kanak tersebut dapat menyatakan bahawa kedua-dua bekas itu mempunyai kapasiti air yang sama.  Namun apabila ditukar satu bekas air ke dalam bekas yang lebih tinggi, kanak-kanak tersebut menyatakan bahawa air di dalam bekas yang lebih tinggi mempunyai kapasiti air yang lebih berbanding air di dalam bekas yang mula.  Di sini kita dapat perhatikan tentang salah konsep mengenai kapasiti jika bekas yang berlainan saiz dan tinggi digunakan.

BAHAN BANTU MENGAJAR 
            Dalam mengajar topik isipadu cecair ini, beberapa bahan atau alatan yang terdapat di sekeliling kita boleh digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran.  Alatan ini boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar bagi memudahkan pemahaman murid-murid.  Di antaranya adalah gelas minuman, balang lutsinar, bekas air, silinder penyukat, bikar, jag dan minuman yang pelbagai warna.  Bahan-bahan yang digunakan ini boleh didapati hanya di rumah sahaja seperti gelas, balang lutsinar, bekas air dan jag.  Silinder penyukat dan bikar boleh diperolehi di Makmal Sains. 
Semasa pengajaran topik isipadu cecair ini, guru boleh membawa murid-murid ke Makmal Sains yang mempunyai pelbagai peralatan untuk mengukur isipadu cecair. Selain itu, penggabungjalinan di antara mata pelajaran Matematik dan Sains boleh dijalankan. Alatan yang digunakan ini lebih ekonomi kerana ia tidak memerlukan kos yang tinggi untuk disediakan.  Minuman yang pelbagai warna dan perisa seperti air kotak, air botol dan air mineral mudah diperolehi di kedai-kedai yang berhampiran rumah.  Harga bagi air minuman ini juga berpatutan.
            Bahan bantu mengajar digunakan untuk merangsang minda pelajar supaya mereka dapat memahami dengan lebih baik  pengajaran guru.  Selain itu, bahan bantu mengajar yang baik dapat menarik minat mereka untuk belajar.  Dalam  membantu kanak-kanak supaya mereka tidak lagi mempunyai salah tanggapan tentang kapasiti air,  dua  aktiviti pengajaran cuba diketengahkan.  Dua aktiviti ini boleh digunakan untuk membantu murid-murid yang berpencapaian rendah dan murid-murid yang berpencapaian tinggi dalam perbandingan kapasiti air di dalam bekas.

Aktiviti Pengajaran 1 - Murid Pencapaian Rendah

AKTIVITI PENGAJARAN PERTAMA – (MURID PENCAPAIAN RENDAH).
Hasil pembelajaran      :  Membuat perbandingan persepsi terhadap kapasiti menggunakan unit                  
                                       bukan piawai.
-          Memahami dan menggunakan perkataan yang berkaitan dengan isipadu
       cecair iaitu sama banyak.
Bahan-bahan               :  12 gelas minuman yang bersaiz kecil, 8 balang lutsinar, bekas air     
    sirap.
                                      
Langkah-langkah      :

1.         Bahagikan murid kepada 4 kumpulan ( 1 kumpulan 3 orang).
2.         Berikan 3 gelas minuman yang bersaiz kecil dan 2 balang lutsinar yang bersaiz besar kepada setiap kumpulan.


3.         Guru menuangkan air sirap ke dalam 3 gelas minuman yang kecil dan berkapasiti yang sama kepada setiap kumpulan.
                                    
4.         Minta murid memerhati kapasiti air sirap tersebut.  Terangkan kepada murid bahawa kapasiti air di dalam ketiga-tiga gelas tersebut adalah sama.  Minta mereka merapatkan ketiga-tiga gelas tersebut bagi menampakkan persamaan kapasiti air itu dengan lebih jelas.


5.         Kemudian, minta murid mengambil segelas air tadi dan tuangkan ke dalam  satu balang lutsinar yang lebih besar.

6.         Minta murid membuat perbandingan di antara kapasiti air di dalam balang lutsinar yang besar dengan gelas yang kecil.


7.         Jika murid menyatakan kapasiti air di dalam gelas lebih banyak, terangkan kepada murid dengan sejelasnya bahawa kapasiti air di dalam balang lutsinar yang besar adalah sama banyak dengan gelas yang kecil walaupun saiznya berbeza.  Ini kerana air yang sama kapasitinya dituang ke dalam balang lutsinar yang besar TANPA MENAMBAH ATAU MENGURANGKAN  kapasiti air tersebut.
8.         Untuk membuktikan bahawa air di dalam gelas sama banyak dengan balang, murid diminta menuangkan pula segelas air sirap ke dalam satu lagi balang lutsinar yang besar menjadikan perbandingan segelas air sirap yang bersaiz kecil dengan dua balang lutsinar yang bersaiz besar.  Minta murid memerhati 2 balang lutsinar tersebut.  Kapasiti airnya adalah sama banyak. Jelaskan kepada mereka bahawa kapasiti air di dalam balang dan gelas tersebut adalah sama banyak.


9.         Guru perlu menerang dengan sejelasnya supaya murid-murid tidak keliru.  Ulang langkah ini berkali-kali dengan mengubah kapasiti air supaya pemahaman murid menjadi kukuh dan tiada  salah tanggapan.
            Contoh:
  
10.       Murid diberikan soalan pengukuhan bagi menguji pemahaman mereka tentang perbandingan kapasiti air.

LATIHAN PENGUKUHAN
Bulatkan jawapan yang betul.
            
1.  Kapasiti air di dalam gelas ini adalah
            A.   sama banyak
            B.   tidak sama banyak


2.  Kapasiti air di dalam ke tiga-tiga gelas ini adalah
            A.  sama banyak
            B.  tidak sama banyak

3.  Jika air yang sama banyak dituang ke dalam bekas yang lebih besar, kapasiti airnya
     adalah
            A.  sama banyak
            B.  tidak sama banyak

Aktiviti Pengajaran 2 _ Murid Pencapaian Tinggi.

AKTIVITI PENGAJARAN KE DUA – (MURID PENCAPAIAN TINGGI).
Hasil pembelajaran      :  Membandingkan isipadu cecair menggunakan pengukuran piawai    
    dalam liter (ℓ)
Bahan-bahan               :  6 silinder penyukat yang tinggi (berkapasiti 1 liter) dan 3 silinder   
    penyukat yang lebar (berkapasiti 2 liter), air oren,  susu kotak    
    (berkapasiti 1 liter), air mineral 1 liter.
Langkah-langkah      :
1.         Bahagikan murid kepada 3 kumpulan (1 kumpulan 3 orang)
2.         Agihkan alatan kepada setiap kumpulan ( 2 silinder penyukat yang tinggi dan 1 bikar yang lebar, 1 liter air oren, 1 kotak susu 1 liter).


3.         Minta murid menuang air oren dan susu, masing-masing ke dalam silinder penyukat yang tinggi 
            sebanyak 1 liter.  (murid sudah ada pengetahuan tentang 1 liter).

4.         Minta murid memerhati isipadu air oren dan susu yang terdapat di dalam bekas tersebut dan
            membuat perbandingan.  Kedua-dua bekas tersebut mengandungi 1 liter air oren dan 1 liter susu.
5.         Terangkan kepada murid bahawa unit piawai digunakan bagi memudahkan sesuatu pengukuran
            dibuat dan ia lebih tepat.
6.         Seterusnya, minta murid memasukkan air oren ke dalam bekas yang lebih lebar tetapi berkapasiti
            2  liter.


7.         Minta murid memerhati dan membuat perbandingan terutamanya terhadap unit piawai yang
            digunakan.  Air oren yang dimasukkan ke dalam bekas lebar juga berkapasiti 1 liter.  Walaupun
            bekas yang lebar nampak pada mata kasar berkapasiti kurang, namun sebenarnya kapasitinya
            adalah sama banyak dengan bekas yang tinggi.  Penjelasan yang berulang-ulang kali pastinya
            akan mengukuhkan lagi pemahaman murid-murid.
8.         Ulang langkah ini dengan menggunakan bekas yang berlainan saiz tetapi berkapasiti l liter supaya
            murid nampak perbandingan tersebut dengan lebih jelas.
9.         Gunakan minuman yang terdapat di sekeliling kita dan berkapasiti 1 liter seperti air mineral, air
            berperisa dan minuman kotak.  Tuangkan ke dalam bekas yang berlainan saiz tetapi berkapasiti 1 
            liter.  Contoh:


10.       Perhatikan perbezaan ketinggian air di dalam ketiga-tiga bekas tersebut.  Walaupun berbeza
            ketinggian namun kapasiti airnya adalah sama.  Jelaskan kepada murid-murid supaya pemahaman
            mereka akan kukuh dan tiada lagi salah tanggapan konsep isipadu cecair.
11.      Murid diberikan soalan pengukuhan bagi menguji pemahaman mereka. 

                                                        LATIHAN PENGUKUHAN

Gariskan jawapan yang betul.

1.         Bekas air ini berkapasiti  ( 1 liter,  2 liter)


2.     Kapasiti air di dalam kedua-dua bekas ini adalah  (sama banyak,  tidak sama banyak).



3.      Berapakah jumlah isipadu air di dalam ketiga-tiga bekas ini?  (5 liter  ,  3 liter).





Kesimpulan & Rujukan

KESIMPULAN.
Salah tanggapan dalam pemahaman konsep kapasiti air dapat diperjelaskan kepada murid-murid dengan pelbagai kaedah dan aktiviti.  Penggunaan barang-barang di sekeliling kita akan memberikan pendedahan dan memudahkan pemahaman mereka terhadap kapasiti air di dalam sesuatu bekas.  Murid-murid dapat mengetahui kapasiti air yang terdapat di dalam sesuatu bekas dengan hanya memerhati label pada bekas minuman tersebut.  Ini akan memudahkan hidup mereka kerana matematik ini berkait rapat dengan kehidupan seharian. 
Jika konsep kapasiti masih lagi belum dapat dikuasai pelajar,  ini akan menyukarkan mereka untuk menghadapi kehidupan ini terutamanya dalam mengagak kandungan cecair di dalam sesuatu bekas.  Bahkan untuk meminum ubat yang berbentuk cecair pun mungkin tidak boleh dilakukan sendiri oleh mereka jika konsep kapasiti masih belum dikuasai.  Oleh itu, sebagai guru kita perlu memastikan semua murid dapat memahami konsep kapasiti dengan baik dan boleh diaplikasikan di dalam kehidupan mereka kelak.
RUJUKAN
Lai, K.Y & Lena Abdullah. (2007). Inspire Topical Activities Mathemathics Year 2. Petaling
Jaya: Penerbit Mega Setia Emas Sdn. Bhd.

Liew, S.T, & Cham, J.E. (2003).  Mathematics Activity Book Part 2 Year 2.
Kuala Lumpur: YPJ Publications & Distributions Sdn. Bhd.

Liew,S.T & Cham, J.E. (2003).  Mathematics Text Book Part 2 Year 2.
Kuala Lumpur: YPJ Publications & Distributions Sdn. Bhd.

Lina, L. (2010). Speedy Speed Your Mind KBSR/PKSR Mathemathics Year 2. Petaling Jaya:
Penerbit Mega Setia Emas Sdn. Bhd.

Murugiah, V & Kao Thuan Keat. (2010). HBMT2103: Teaching Mathemathics In Year Two.
Kuala Lumpur: Open University Malaysia.